PASUKAN BOLASEPAK MASUM - SUKAN UNIVERSITI ASEAN KE XIV 2008

Home
Berita Pasukan
Anggota Pasukan
Diari Pasukan
Galeri Foto
Panduan

Beberapa aktiviti yang telah dan akan berlangsung sebagai persiapan ke Sukan Universiti ASEAN 2008 di Kuala Lumpur

LAWATAN PENDEDAHAN KE BANGKOK, THAILAND (18-23 OKTOBER 2008)
 
Pasukan bolasepak MASUM akan mengadakan lawatan pendedahan dan perlawanan persahabatan ke Bangkok, Thailand bermula dari 18 hingga 23 Oktober 2008Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) telah mendapatkan 3 kelab dari Liga Premier Thailand untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut iaitu Phichit Province, Chula-Sinthana FC dan Coke-Bangpra FC. Perlawanan pertama bertemu Phichit Province pada 19 Oktober akan dimainkan di Wilayah Phichit yang terletak 5 jam dari kotaraya Bangkok. Perlawanan kedua pada 21 Oktober bertemu Chula-Sinthana FC pula akan diadakan di Stadium Universiti Chulalongkorn manakala perlawanan terakhir bertemu Coke-Bangpra FC pada 22 Oktober akan diadakan di Stadium Chonburi.
 
Seramai 24 orang akan mengikuti rombongan ke Bangkok ini dan akan diketuai oleh Pengurus Pasukan, En Muzafar Mohd Din bersama 3 jurulatih dan 20 pemain. Pasukan dijadualkan berlepas pada hari Sabtu, 18 Oktober 2008 dari LCCT KLIA. Semoga pasukan bolasepak MASUM berangkat dan kembali dengan selamat serta dibawah lindungan ALLAH swt.

LAWATAN PENDEDAHAN KE BANGKOK, THAILAND
Jumaat 17 Oktober
15.00 - Pelatih melaporkan diri di UPM
17.15 - Latihan 
Sabtu 18 Oktober
10:40 - Berlepas ke Bangkok
Ahad 19 Oktober
16:00 - Perlawanan 1 - Phitchit Province mln MASUM
Isnin 20 Oktober
16:00 - Latihan

Selasa 21 Oktober

Perlawanan 2 - Chula-Sinthana FC mln MASUM

Rabu 22 Oktober

Perlawanan 3 - Coke-Bangpra FC mln MASUM

Khamis 23 Oktober

Berlepas balik ke Kuala Lumpur

MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM)